kaedah perawatan moden yang tidak mebatalkan puasa

Posted: August 6, 2011 in Agama, Kesihatan

Sumber: Bab 28 Fikah Perubatan oleh Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhammad dan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Kita mengetahui asas perbahasan fuqaha perihal perkara-perkara yang menyebabkan batalnya puasa. Perkara-perkara baru dalam isu perubatan dirujuk kepada illah yang sudah dibentangkan bagi menentukan sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak. Hasilnya kaedah-kaedah rawatan moden berikut didapati tidak membatalkan puasa:

1. Menggunakan titis telinga ataupun pencuci telinga. Menggunakan ubat titis mata dan ubat titis hidung ataupun semburan hidung, sekiranya dielakkan menelan ke halkum.

2. Menggunakan ubat yang diletak di bawah lidah (sublingual) seperti tablet nitroglycerin (GTN) yang biasanya digunakan bagi merawat sakit jantung sekiranya dielakkan menelan hingga ke halkum.

3. Memasukkan semua bentuk rawatan ke dalam faraj yang melibatkan kemasukan alat atau ubat seperti pencucian atau air mandian, suppositori, vaginoscope, spekulum ataupun jari doktor yang memeriksa pesakit (digital examination). Ini juga termasuk memasukkan uteroscope ataupun intrauterine contraceptive device (IUD atau IUCD) dan selainnya ke dalam rahim.

4. Memasukkan semua bentuk tiub atau bahan ke dalam badan melalui saluran kencing sama ada lelaki ataupun wanita seperti probe, urethroscope, contrast media atau ubat bagi mencuci pundi kencing.

5. Mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak ataupun memberus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6. Menyuntik suntikan melalui kulit ke mana-mana lapisan anatomi bukan organ penghadaman- kecuali parenteral nutrition dan cecair tenaga yang bernutrien lain seperti glukosa atau dextrosa melalui saluran darah. Cecair-cecair ini dapat menguatkan badan melalui kajian saintifik.

7. Memberi gas oksigen, gas bius ataupun selainnya.

8. Menyapu ubat sapuan seperti krim atau minyak pada kulit walaupun terdapat bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit seperti pelekat berubat pada kulit.

9. Memasukkan semua jenis tiub melalui salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung ataupun mana-mana anggota badan (chateterization).

10. Memasukkan laparoscope ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

11. Menggunakan ubat kumur seperti mouth-rinsing gargle dan semburan ubat dalam mulut selagi mana tidak ditelan ke dalam tekak.

12. Memasukkan gastroscope (teropong perut) ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan. Dalam hal ini, gastroscope tidak dianggap sebagai makanan walaupun sebahagian daripada alat itu mencecah perut dan usus kecil. Sebahagian daripada alat itu masih di luar badan. Namun begitu, perlu diingatkan, krim ataupun gel yang biasa digunakan semasa prosedur gastroscope boleh membatalkan puasa kerana ia boleh melekat di dalam perut ataupun usus.

13. Mengambil sampel organ ataupun tisu daripada badan untuk tujuan perawatan ataupun kajian seperti hati ataupun mana-mana anggota badan (biopsi).

14. Memasukkan apa-apa alat ataupun bahan rawatan ke dalam otak ataupun saraf tunjang.

15. Mengambil ubat secara sedutan seperti ubat asma sama ada inhaler, tubuhaler, rotahaler dan nebulizer atau selainnya.

16. Melakukan perawatan ataupun memasukkan ubat melalui anus (dubur).

17. Melakukan pembedahan yang menggunakan bius penuh (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari selepas pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan. Namun begitu, sekiranya kesan daripada bius menyebabkan pesakit tidak sedar sepanjang hari berpuasa, maka tidak sah puasanya dalam keadaan tidak sedar. Syarat sah puasa hendaklah dalam keadaan sihat dan sedar.

18. Melakukan rawatan pengganti fungsi buah pinggang sama ada peritoneal dialysis atau hemodialysis.

19. Berbekam.

20. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal memindahkan daripada penderma darah ataupun orang yang menerima darah.

21. Memasukkan semula salur darah yang terkeluar kerana penyakit buasir (hemorrhoids/piles). Buasir ialah pembengkakan dan pengembungan salur-salur darah bahagian rektum dan anus akibat dari inflamasi pada salur darah. Salur darah yang bengkak lebih terdedah kepada kecederaan dan pendarahan yang berlaku, Penulis berpandangan tidak batal puasa kerana tidak melibatkan sebarang makanan ataupun memenuhkan perut dalam proses ini.

Para fuqaha kontemporari dalam persidangan antarabangsa memutuskan kaedah-kaedah rawatan yang disenaraikan di atas tidak membatalkan puasa.

Dalam kes mengambil nebuliser terdapat ulama yang mengatakan batal puasa kerana ia mengandungi peratusan air yang akan masuk ke perut. Namun, pendapat yang mengatakan tidak batal puasa adalah lebih tepat kerana ia dianalogikan kepada berkumur-kumur dan bersiwak. Tidak dinafikan selepas berkumur-kumur, terdapat sisa air dalam kuantiti yang kecil di dalam mulut. Perkara ini dimaafkan. Begitu juga peratusan air yang terdapat dalam kandungan ubat nebuliser adalah minimum. Apatah lagi ia disembur dalam bentuk wap yang memasuki paru-paru. Kemungkinan peratusan kecil kandungan air masuk ke dalam perut dalam rawatan ini dimaafkan sama seperti amalan bersiwak dan berkumur-kumur.

Kaedah Rawatan Moden Berhubung Perkara yang Membatalkan Puasa

Walau bagaimanapun, dalam beberapa perkara adalah lebih baik berhati-hati dengan cara mengelakkan daripada melakukannya pada siang hari iaitu semasa sedang berpuasa. Selagi keadaan tidak mendesak melakukannya pada siang hari seperti menderma darah, maka hendaklah dilakukan pada malam hari. Dibimbangi akibat menderma darah, penderma letih dan memaksanya berbuka. Pendapat ini selaras dengan amalan para sahabat nabi yang mengelakkan berbekam pada siang hari semasa berpuasa.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa

1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.

12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

Rujukan:

  • Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
  • At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
  • Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

p/s bab yg dikalerkan merah tu mcm kurang pasti sikit sbb by rite tak mungkin prosedur tu bole dilakukan tanpa salurkan air

*dari daughterette.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s